Jumlah Pelawat@Melati


Hakcipta Terpelihara. SKSM@2011. Dikuasakan oleh Blogger.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

23 Mac 2011

1. MASA PERSEKOLAHAN
1.1. Masa Hadir
1.1.1 Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 7:10 pagi. Ketepatan masa (punctuality) mestilah dijadikan amalan hidup setiap murid.
1.1.2 Waktu belajar bermula jam 7:20 pagI.
1.1.3 Murid-murid hendaklah berada dalam kawasan sekolah sekurang- kurangnya 10 minit lebih awal sebelum waktu belajar dimulakan pada tiap-tiap hari persekolahan.
1.1.4 Ibu bapa/penjaga murid Tahun Satu hanya dibenarkan menunggu anak mereka di kantin dan di tempat menunggu bas pada hari pertama sahaja. Mereka dilarang berada di kaki lima bilik darjah atau masuk di dalam kelas.

1.2. Masa Pulang
1.2.1 Isnin - Khamis : 1:20 petang
         Jumaat : 12:20 tengahari


1.3. Waktu Rehat
1.3.1 Tahap 1 : 9.20 - 9.50 pagi
1.3.2 Tahap 2 : 9.50-10.20 pagi
1.3.3 Waktu rehat murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas dan kawasan-kawasan larangan seperti kawasan hadapan pejabat, tempat letak kereta guru, tempat menunggu bas dan padang sekolah.




1.4 Tidak Hadir ke Sekolah
1.4.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah ada kenyataan bertulis daripada ibu bapa, penjaga atau surat akuan doktor (medical certificate) dan diserahkan kepada guru kelas
1.4.2 Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa kenyataan akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya masih tidak hadir 3 hari berikutnya akan diberi surat amaran kedua dan terakhir sebelum tindakan disiplin diambil.

1.5. Meninggalkan Kawasan Sekolah Dalam Waktu Sekolah
1.5.1 Tidak seorang murid pun dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu sekolah, termasuk waktu rehat tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.
1.5.2 Murid-murid yang hendak ke hospital kerana sakit, terlebih dahulu dikehendaki mendapatkan “Surat Rawatan” di pejabat sekolah yang ditandatangani oleh pihak sekolah.
1.5.3 Ibu bapa/Penjaga yang hendak membawa pulang anaknya hendaklah meminta kebenaran dan guru besar dan menulis maklumat di dalam buku kebenaran keluar.
1.5.4 Semua murid dikehendaki menggunakan garisan putih di hadapan sekolah apabila menyeberang jalan semasa tiba ke sekolah atau balik dari sekolah.
1.5.5 Semua murid hendaklah beratur sewaktu menunggu bas dan tunggu bas berhenti barulah naik.
1.5.6 Semua murid hendaklah beratur di dalam kawasan sekolah semasa menunggu kenderaan masing-masing.

1.6. Keluar Bilik Darjah
1.6.1 Murid-murid dibenarkan keluar bilik darjah HANYA dengan izin guru.

1.7. Makan Dan Minum
1.7.1 Makan dan minum mestilah di kantin sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan makan pada waktu belajar atau makan dan minum dalam kelas.
1.7.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dan luar kawasan sekolah di waktu persekolahan, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
1.8. Bilik Darjah
1.8.1 Kebersihan dan keceriaan bilik darjah adalah tanggunawab semua murid dalam kelas masing-masing. Tugas membersihkan kelas mesti dilaksanakan sebelum waktu pertama dijalankan (sidang pagi) dan pada masa rehat (sidang petang). Sebelum pulang, kelas hendaklah dibersihkan. Kosongkan bakul sampah di dalam kelas. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup.
1.8.2 Murid-murid sidang petang tidak dibenarkan berada di kaki lima bilik darjah atau bangunan di mana murid sidang pagi sedang belajar. Murid-murid dikehendaki berada di Kantin.

1.9. Keselamatan
1.9.1 Sebarang kemalangan atau kecemasan yang berlaku ke atas murid-murid di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas. Dalam masa kebakaran murid-murid hendaklah mematuhi Peraturan Kawad Kecemasan kebakaran sekolah (Rujuk pelan kawad sekolah).
1.9.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang barang kepunyaan murid-murid. Barang-barang yang hilang atau dijumpai hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)/Guru Penolong Kanan Petang.
1.9.3 Semua kenderaan kecuali kenderaan kakitangan sekolah dilarang masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali pada hari hujan.


2. DISIPLIN
2.1. Dalam Bilik Darjah
2.1.1 Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
2.1.2 Papan kenyataan di dalam bilik darjah hendaklah dihias dengan bahan-bahan berbentuk pelajaran.
2.1.3 Kerusi meja mesti dalam keadaan tersusun dan kemas. Setiap murid bertanggungjawab ke atas kerusi dan mejanya sendiri.
2.1.4 Perkara-perkara berikut mesti dipaparkan di papan kenyataan:
(i) Jadual waktu kelas.
(ii) Jadual tugas harian murid.
(iii) Pelan bilik darjah.
2.1.5 Disudut atas sebelah kanan papan hijau hendaklah ditulis nama kelas, tarikh, bilangan murid, bilangan murid yang tidak hadir dan mana murid yang tidak hadir.
2.1.6 Suasana dalam Kelas hendaklah mencerminkan suasana pembelajaran. Pelajar tidak boleh sama sekali membuat bising.
2.1.7 Pada waktu terakhir (waktu kesepuluh) bagi sidang petang setiap murid hendaklah meletakkan kerusi di atas meja.

2.2. Tatatertib menghadiri kelas mata pelajaran khas
2.2.1 Apabila murid bergerak ke bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Surau, Padang untuk Pendidikan Jasmani dan sebagainya hendaklah bergerak dalam kumpulan dengan beratur berdua-dua. Bergerak hanya bila semua murid sudah beratur dengan arahan ketua darjah. Pergerakan hendaklah dalam keadaan senyap dan bersopan. Murid dilarang berlari.
2.2.2 Semua murid yang tidak ada surat akuan doktor yang menyatakan kelemahan tubuh badan diwajibkan mengambil bahagian dalam Pendidikan Jasmani.

2.3. Kelakuan
2.3.1 Murid-murid hendaklah berkelakuan baik dan berbudi bahasa di dalam dan di luar kawasan sekolah pada sebarang masa.
2.3.2 Murid-murid hendaklah menunjukkan hormat kepada guru-guru, kakitangan sekolah, orang-orang yang lebih tua daripada mereka dan pengawas. Ucapkan salam dan selamat sejahtera bila bertemu guru.
2.3.3 Murid-murid dikehendaki menggunakan bahasa yang baik di dalam pertuturan dan percakapan kepada guru-guru atau sesama murid.
2.3.4 Murid-murid tidak dibenarkan memasuki pejabat guru besar ataupun pejabat tanpa kebenaran pihak-pihak berkenaan.
2.3.5 Murid-murid yang menjalankan aktiviti di luar waktu sekolah hendaklah memohon surat kebenaran daripada Guru Penolong Kanan (HEM)/Guru Penolong Kanan Petang.
2.3.6 Pihak sekolah tidak akan menyediakan surat cuti sekolah agama untuk menghadapi peperiksaan awam. Surat permohonan cuti dibuat oleh ibu bapa.
2.3.7 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran dan berlari di kawasan sekolah.
2.3.8 Sentiasa mematuhi arahan pengawas.


3. PAKAIAN SERAGAM DAN KEKEMASAN DIRI
3.1. Baju (Perempuan) (RUJUK LAMPIRAN)
3.1.1 Baju Kurung Berkekek/Baju Kurung Pesak Gantung berwarna putih dan memakai butang putih atau ketap. Dilarang sama sekali menggunakan brooch.
3.1.2 Tudung/Mini telekung bagi murid-murid Islam adalah digalakkan.
3.1.3 Baju ‘blouse’ berwarna putih berlengan pendek.

3.2. Kain sarung/pakaian seragam (pinafore)
Kain sarung susun tepi/pakaian seragam labuh 5sm (2 inci) di bawah paras lutut, tidak ketat dan mengikut potongan yang ditetapkan.
3.3. Semua murid wajib rnemakai lencana dan tag nama.

3.4. Baju (Lelaki)
3.4.1 Kemeja putih lengan pendek, seluar panjang berwarna biru tua. ‘Jeans’ tidak dibenarkan dibawa atau dipakai dalam kawasan sekolah.

3.5 Rambut
3.5.1 Perempuan - Murid-murid hendaklah berambut kemas. Rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada murid-murid yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh mengikat rambut supaya tidak jatuh ke bahu. Ikatan rambut seperti tocang (plait) dibenarkan. Wama reben ialah putih, hitam dan biru.
3.5.2 Lelaki - Murid-murid hendaklah berambut pendek dan tidak melepasi baju’ dan kemas.
3.5.3 Rambut tidak boleh diwarnakan atau menggunakan ‘jelly’.
3.5.4 Rambut tidak boleh berfesyen.
3.6. Kasut
Kasut kanvas dan sarung kaki (socks) putih sahaja yang dibenarkan.

3.7. Kuku
Semua murid tidak dibenarkan memelihara kuku jari yang panjang. Kuku jari mestilah dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan.

3.8 Jam tangan dan cermin mata
3.8.1 Jam dan tali jam tangan yang berfesyen tidak dibenarkan.
3.8.2 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.

3.9. Bersolek
Semua murid dilarang memakai bahan persolekan ke sekolah.

3.10. BarangKemas
Semua barang perhiasan seperti subang, rantai leher dan kaki, kalung, cincin dan gelang adalah dilarang.

3.11. Jenis-jenis pakaian yang lain
Selain daripada pakaian seragam yang kemas, jenis-jenis pakaian lain seperti topi (cap) dan jaket tidak dibenarkan dibawa atau dipakai dalam kawasan sekolah.

3.12. Barang-barang larangan
(i) Mancis mercun, bunga api dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan punca kebakaran.
(ii) Benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting besi dan lain-lain kecuali untuk mata pelajaran Pendidikan Seni atau Kemahiran Hidup dengan kebenaran guru mata pelajaran berkenaan.
(iii) Barang-barang perhiasan seperti rantai emas, cincin dan lain-lain.
(iv) Sebarang jenis alat solek.
(v) Wang saku tidak melebihi RM10.00 kecuali untuk membayar yuran atau membeli bahan-bahan pelajaran.
(vi) Kaset, “walkman”, majalah lucahl hiburan, “pita video”, permainan video dan alat-alat lain yang tidak sesuai dengan budaya pelajar sekolah.
(vii) “Liquid paper”, pen marker, pensel tekan dan semua jenis cat.
(viii) Sebarang bentuk perjudian dan jualan.
(ix) “Chewing gum”, gula-gula dan “junk food” kesemua barang-barang di atas adalah dilarang sama sekali dibawa ke sekolah.


4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM
4.1 Murid-murid dikehendaki memakai “T-shirt” sekolah/putih dan seluar trek sekolah biru tua.
4.2 Semasa murid menjalankan aktiviti kurikulum dan/atau ko-kurikulum mestilah memakai pakaian seragam sekolah/”T-shirt” Pendidikan Jasmani (termasuk hujung minggu dan cuti). Murid-murid yang menghadiri sebarang aktiviti kurikulum dan/atau ko-kurikulum di luar kawasan sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah. Bagi unit beruniform, ahli-ahli berkenaan diwajibkan memakai pakaian seragam penuh.
4.3 Murid-murid yang tidak hadir 3 kali berturut-turut dalam aktiviti kokurikulum akan diambil tindakan.


5. PELAWAT
Semua pelawat termasuk ibu bapa atau penjaga mesti berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Pelawat tidak dibenarkan pergi sendiri dari kelas ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa guru berkenaan. Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang dikhaskan oleh pihak sekolah. Pelawat mesti berjumpa dengan pengawal keselamatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.


6. TELEFON
Penggunaan telefon hanya dibenarkan pada waktu rehat sahaja dengan memohon kebenaran daripada guru-guru. Murid tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa kecuali panggilan kecemasan.


7. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
7.1 Murid-murid yang menerima buku SPBT hendaklah menyampul dan menjaganya dengan baik. Dilarang menconteng di dalam buku tersebut.
7.2 Murid yang berhenti/bertukar ke sekolah lain mestilah memberitahu dan memulangkan buku-bukunya dengan segera kepada guru darjah.
7.3 Buku-buku yang hilang atau rosak mestilah diganti semula dengan buku yang serupa jenis atau membayar kos buku berkenaan. Sekiranyamurid berkenaan tidak mampu berbuat demikian pihak sekolah boleh menarik balik kelayakan pinjaman.
7.4 Murid dilarang menyimpan/meninggalkan buku teks di sekolah.


8. PENGGUNAAN KANTIN
8.1 Murid-murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan dan minuman.
8.2 Mund-murid dilarang membuang sampah dan meludah merata-rata di kawasan kantin.
8.3 Murid-murid dilarang berada di kantin semasa pelajaran sedang dijalankan dan semasa perhimpunan kecuali mendapat kebenaran guru.


9. PENGGUNAAN SURAU
9.1 Hanya pelajar Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam surau.
9.2 Dilarang membuat bising, bermain dan membuang sampah. Jaga kebersihan surau.
9.3 Telekung dan sejadah hendaklah disidai semula setelah digunakan.
9.4 Surau hanya digunakan untuk tujuan solat dan perjumpaan yang berkaitan dengan agama.
9.5 Sebelum meninggalkan surau, pastikan suis lampu, kipas dan pintu ditutup.


10. HAL-HAL LAIN
(a) Murid yang tidak hadir semasa ujian penilaian dan peperiksaan hanya dibenarkan menjalani ujian di hari berikutnya sekiranya ada surat akuan doktor.
(b) Murid yang mempunyai masalah dengan pihak sekolah terlebih dahulu menyelesaikannya dengan guru darjah, guru kaunseling, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Guru Besar sebelum membuat pengaduan kepada ibu bapa/penjaga.
(c) Murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
(d) Murid dilarang melalui di kawasan berumput di padang semasa hadir atau pulang dari sekolah.
(e) Murid dilarang membuang sampah dan mengotorkan atau menconteng bangunan sekolah.

11. GARIS PANDUAN SEMASA KECEMASAN DAN KEBENARAN
11.1 Latihan kecemasan dan kebakaran akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan.
11.2 Semasa loceng kecemasan dibunyikan murid hendaklah keluar dari kelas dan beratur di kaki lima kelas.
11.3 Murid harus bertenang dan menenangkan murid lain. Jangan menjerit atau membuat bising.
11.4 Berjalan dengan pantas dan beredar ke tempat yang ditetapkan (Rujuk Pelan Kecemasan).
11.5 Jangan melengahkan masa dengan menyelamatkan harta benda/buku/ beg.
11.6 Ketua dan penolong membantu guru mengawasi murid-murid lain dalam kelas anda.
11.7 Pengawas membantu kelas yang tiada guru kerana sebab-sebab tertentu, membantu guru bertugas dan Guru Disiplin mengawal disiplin dan keselamatan dan membantu mengambil alat pemadan api jika berlaku kebakaran.

0 comments:

Catat Ulasan

Album@Melati


Murid-Murid@Melati

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP