Jumlah Pelawat@Melati


Hakcipta Terpelihara. SKSM@2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Hari Terbuka Sekolah

23 Jun 2010



Tuan/puan,


Pihak sekolah akan mengadakan hari terbuka sekolah sebagai memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dan mendengar keterangan oleh guru kelas anak-anak anda. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan hari tersebut. Pelbagai gerai jualan turut tersedia menanti anda. Datanglah pada:
Sabtu, 26 Jun 2010

Datang, jangan tak datang. 

Read more...

ONLINE EDUCATION GAMES

26 Mei 2010

Online Education Games


Permainan Interaktif : Keselamatan Jalan Raya

Sila Klik Untuk Memulakan Permainan 

Signaster
Petua Pejalan Kaki Bersama Pandu Cermat
Sentiasa Berwaspada
Teka-teki 2
Letak Kereta
Secepat Manakah Anda
Typothon
Dropsy
Bijak Kata-Jalanraya
Apakah Maksud Tanda-tanda ini?
Teka-teki
F2
Melintas Ke Sekolah
Pemanduan Berhemah
Adakah Anda Pemandu Yang Baik?
Good Luck
Pandu Cermat
Ujian Minda
Cari Perbezaan
Ride For Your Life
Papan Hitam
Xsikap

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU SK SERI MELATI

09 Mei 2010


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI MELATI
TAHUN 2010

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


TARIKH : 17 HB MEI (PAGI)
AKTIVITI : SUKAN RAKYAT (WARGA SKSM)
TEMPAT : SKSM

TARIKH : 17 HB MEI (MALAM)
AKTIVITI : JAMUAN MAKAN MALAM (GURU DAN STAF SKSM)
TEMPAT : HOTEL THISTLE

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK SERI MELATI

23 April 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK SERI MELATI
KALI KE 21
TAHUN 2010

TARIKH : 24 APRIL 2010
MASA : 7 PAGI – 1.00 PETANG


SUKANEKA TAHUN 2 DAN 3


SUKAN TAHUNAN 2010

Read more...

PERTANDINGAN BOLA BALING

05 April 2010















Read more...

MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

04 April 2010


Read more...

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

07 Mac 2010

GAMBAR PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH
SAJAK DAN NYANYIAN SEMPERNA MINGGU ANTI DADAH

SAJAK DAN NYANYIAN SEMPERNA MINGGU ANTI DADAH

PARA PELAJAR SEDANG MENDENGAR PERUTUSAN YANG DI SAMPAIKAN
OLEH GURU BESAR

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH OLEH PN. SARIFAH BT ABDULLAH
GURU BESAR SK SERI MELATI

MENANTI PERASMIAN

BACAAN IKRAR MURID

BACAAN IKRAR MURID



PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH
PERINGKAT SEKOLAH OLEH
PN. SARIFAH BINTI ABDULLAH

“SEKOLAH BEBAS DARI DADAH”
BERTERASKAN KONSEP
“ZERO DEFECT”

TEMPAT : DEWAN SEK. KEB .SERI M ELATI
MASA : 8.00 PAGI- 10.30 PAGI
HARI : ISNIN TARIKH : 8 MAC 2010


ATUR CARA

8 MAC 2010
: Majlis Perasmian MINGGU ANTI DADAH
: Bacaan Perutusan Y.BHG TAN SRI DATO’ HJ ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ) OLEH GURU BESAR
:Bacaan Ikrar oleh wakil pelajar

9 MAC
8.10 pagi : Murid-murid tahap 2 berkumpul di sekolah
8.20 pagi : Ucapan Pendahuluan oleh Puan Guru Besar
8.30 pagi : Ceramah Anti Dadah
10.00 pagi : Penyampaian cenderamata
10.05 pagi : Jamuan
10.10 Pagi : Pameran mengikut kelas

10,11, 12 MAC
*Pertandingan Poster ,Mewarna ,Buku Skrap , Kuiz ( GURU– GURU BERKENAAN )




Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

11 Februari 2010


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
1431H/2010M
PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI MELATI

TARIKH:
27FEBUARI 2010
HARI:
SABTU
MASA:
7,20 PAGI-11.30 PAGI
TEMPAT:
DEWAN SK SERI MELATI
ANJURAN:
PANITIA AGAMA ISLAM

Aturcara Majlis

7.20 Pagi: Kehadiran Murid
7.45 Pagi: Perarakan
8.15 Pagi: Murid Tahap 1 (Kantin)
  • Pertandingan Mewarna

  • Pertandingan Tulisan Jawi Cantik

  • Sarapan

Murid Tahap 2 (Dewan)
  • Persembahan Nasyid

  • Pertandingan Bercerita

  • Bacaan Marhaban
9.45 Pagi : Ucapan Guru Besar
  • Ceramah Maulidur Rasul

  • Penyampaian Cenderahati Dan Hadiah
11.30 Pagi: Jamuan Dan Bersurai

Read more...

MAJLIS RAMAH MESRA

10 Februari 2010


MAJLIS RAMAH MESRA IBU BAPA DAN GURU- GURU TAHUN 6

ANJURAN BERSAMA : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
GURU-GURU TAHUN 6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
TEMPAT : DEWAN SEK. KEB .SERI MELATI
MASA : 2.00 - 4.30 PTG
HARI : RABU
TARIKH : 10 FEBRUARI 2010




Penceramah Jemputan Menyanpaikan Ceramah Beliau

Penceramah Jemputan Menyanpaikan Ceramah Beliau

Ibubapa Murid Tahun 6 Yang Hadir

Ibubapa Murid Tahun 6 Yang Hadir

Ucapan Guru Besar Sk Seri Melati
Pn. Sarifah binti Abdullah

Ucapan

Bacaan Doa oleh Ustad Mohd Abrar bin Ahmad Zabidi



Read more...

29 Januari 2010

PROFIL SEKOLAH
Alamat Sekolah : Taman Melati, 81200 Johor Bahru
Lokasi : Bandar
Kod Sekolah : JBA 1061
Gred Sekolah : Gred A
Luas Kawasan : 5.2 ekar
Luas Padang : 2 ekar
No. Telefon : 07-2386867
No. Fax : 07-2327716
Email : skserimelati@yahoo.com.my
Tarikh Buka : 1988 (SK. Perumahan Tampoi 1)
Sesi : Pagi
Bil. Murid : 829 orang
Bil. Guru : 52 orang
Bil. Kelas : 23
Pra sekolah : 1
Bil. Kakitangan Bukan Guru : 10 orang
Makmal Komputer : Ada
Pusat Akses : Ada
Bilik Guru Besar : Ada

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
  1. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian setiap mata pelajaran dalam PKBS.
  2. Menambah bilangan murid lulus 5A, serta meningkatkan pencapaian keseluruhan kepada 60 peratus dalam UPSR.
  3. Mempertingkatkan prestasi bidang ko-kurikulum ke tahap cemerlang.
  4. Memupuk kesedaran menggarap ilmu, disiplin diri, berakhlak mulia dan hidup harmonis, cinta akan sekolah, menghormati guru-guru, kakitangan sekolah serta rakan-rakan sepersekolahan.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Melati terletak di kawasan Perumahan Taman Melati, Tampoi. Kawasan kawasan perumahan lain yang berhampiran dengan sekolab ini ialah Taman Johor Jaya, Taman Kenanga, Taman Melor, Taman Johor, Taman Munsyi Ibrahim, Taman Penggawa Barat dan Taman Kobena. Sekolah ini mula dibuka pada awal tahun 1988 dengan menempatkan 8 buah kelas iaitu 3 kelas Tahun 1 manakala tahun-tahun lain ada sebuah kelas sahaja. Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 274 orang yang bersekolah pada sesi pagi sahaja. Pada tahun itu juga sebanyak 5 kelas murid-murid peralihan dari Sek. Men. Perumahan Tampoi (sekarang Sek. Men. Keb. Sri Rahmat) menumpang di bangunan sekolah mi pada sesi petang.
Pada tahun 1989, murid sekolah mi terbahagi kepada dua sesi kerana bilangan murid telah bertambah kepada 573 orang dengan 15 kelas. Di awal pembukaan sekolah mi mengandungi dua blok iaitu BlokA dan Blok B. Blok C merupakan blok tambahan hasil Projek Gotong-Royong. Bangunan tambahan 3 tingkat iaitu Blok D mula digunakan pada tahun 1995. Blok mi mengandungi Bilik Guru, Bilik Solat, Bilik Kemabiran Hidup, Bilik Alat Bantu Mengajar, Bilik Bahasa Inggeris dan 8 buah bilik darjah. Pada tahun 2004, sekolah ini telah bertukar nama dari Sek. Keb. Perumahan Tampoi (1) kepada Sek. Keb. Seri Melati.

WAWASAN SEKOLAH
Kita berhasrat menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan nilai terbaik untuk memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Kita akan mencapai hasrat di atas melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bekerja dalam situasi menarik supaya semua individu dapat membina bakat sepenuhnya, serta menggalakkan usaha secara bebas membentuk sejarah sekolah dengan melakukan kerja murni dan bermanfaat.

MALAMAT SEKOLAH
1.         Melahirkan murid-murid yang berpendidikan, berdisiplin dan berakhlak mulia sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan terancang.
2.         Melahirkan murid-murid yang memiliki dan menghayati ciri-ciri:
2.1 Percaya dan patuh kepada Tuhan.
2.2 Berakhlak mulia.
2.3 Berilmu pengetahuan.
2.4 Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
2.5 Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan serta mempunyai jiwa yang harmonis, watak dinamis, minda kritis dan sensitif terhadap perubahan.
  
LENCANA SEKOLAH





Warna merah melambangkan keberanian dan sikap kasih sayang antara Tuhan kepada umatnya, antara guru kepada anak didiknya dan sebaliknya.
Warna hijau yang menjadi latar belakang lencana  ini melambangkan keharmonian keluarga Sek. Keb. Seri Melati.  
Warna putih melambangkan kesucian, kebersihan dan keceriaan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Lambang buku dalam lencana ini melambangkan sekolah menjadi sebagai pusat pendidikan atau gedung ilmu.
 
COGANKATA SEKOLAH
Moto sekolah ialah Berilmu, Beramal, Berbakti. Ia adalah ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam yang membawa maksud, ilmu sangat penting dalam mengharungi hidup di dunia mahupun untuk bekalan di akhirat. Segala ilmu itu hendaklah diamalkan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

LAGU SEKOLAH
Seri Melati nama sekolah ku,
Di sini kita menimba ilmu,
Bersatu teguh terus maju,
Kejayaan arah di tuju.

Hormatilah guru dan ibu bapa,
Patuhi agama turutilah suruhan-Nya,
Berjasa kepada negara,
Agar hidup sempurna.

Di sini kami berjanji,
Berusaha, beramal dan berbakti,
Patuh wawasan murni,
Bersemangat bermotivasi.

Kejayaan pastikan datang,
Cabaran sukar bukan lagi penghalang,
Jadi panduan insan cemerlang,
Terus gemilang juga terbilang,
Seri Melati namamukan ku kenang.

Read more...

Album@Melati


Murid-Murid@Melati

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP