Jumlah Pelawat@Melati


Hakcipta Terpelihara. SKSM@2011. Dikuasakan oleh Blogger.

29 Januari 2010

PROFIL SEKOLAH
Alamat Sekolah : Taman Melati, 81200 Johor Bahru
Lokasi : Bandar
Kod Sekolah : JBA 1061
Gred Sekolah : Gred A
Luas Kawasan : 5.2 ekar
Luas Padang : 2 ekar
No. Telefon : 07-2386867
No. Fax : 07-2327716
Email : skserimelati@yahoo.com.my
Tarikh Buka : 1988 (SK. Perumahan Tampoi 1)
Sesi : Pagi
Bil. Murid : 829 orang
Bil. Guru : 52 orang
Bil. Kelas : 23
Pra sekolah : 1
Bil. Kakitangan Bukan Guru : 10 orang
Makmal Komputer : Ada
Pusat Akses : Ada
Bilik Guru Besar : Ada

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
  1. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian setiap mata pelajaran dalam PKBS.
  2. Menambah bilangan murid lulus 5A, serta meningkatkan pencapaian keseluruhan kepada 60 peratus dalam UPSR.
  3. Mempertingkatkan prestasi bidang ko-kurikulum ke tahap cemerlang.
  4. Memupuk kesedaran menggarap ilmu, disiplin diri, berakhlak mulia dan hidup harmonis, cinta akan sekolah, menghormati guru-guru, kakitangan sekolah serta rakan-rakan sepersekolahan.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Melati terletak di kawasan Perumahan Taman Melati, Tampoi. Kawasan kawasan perumahan lain yang berhampiran dengan sekolab ini ialah Taman Johor Jaya, Taman Kenanga, Taman Melor, Taman Johor, Taman Munsyi Ibrahim, Taman Penggawa Barat dan Taman Kobena. Sekolah ini mula dibuka pada awal tahun 1988 dengan menempatkan 8 buah kelas iaitu 3 kelas Tahun 1 manakala tahun-tahun lain ada sebuah kelas sahaja. Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 274 orang yang bersekolah pada sesi pagi sahaja. Pada tahun itu juga sebanyak 5 kelas murid-murid peralihan dari Sek. Men. Perumahan Tampoi (sekarang Sek. Men. Keb. Sri Rahmat) menumpang di bangunan sekolah mi pada sesi petang.
Pada tahun 1989, murid sekolah mi terbahagi kepada dua sesi kerana bilangan murid telah bertambah kepada 573 orang dengan 15 kelas. Di awal pembukaan sekolah mi mengandungi dua blok iaitu BlokA dan Blok B. Blok C merupakan blok tambahan hasil Projek Gotong-Royong. Bangunan tambahan 3 tingkat iaitu Blok D mula digunakan pada tahun 1995. Blok mi mengandungi Bilik Guru, Bilik Solat, Bilik Kemabiran Hidup, Bilik Alat Bantu Mengajar, Bilik Bahasa Inggeris dan 8 buah bilik darjah. Pada tahun 2004, sekolah ini telah bertukar nama dari Sek. Keb. Perumahan Tampoi (1) kepada Sek. Keb. Seri Melati.

WAWASAN SEKOLAH
Kita berhasrat menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan nilai terbaik untuk memenuhi keperluan negara dan masyarakat. Kita akan mencapai hasrat di atas melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bekerja dalam situasi menarik supaya semua individu dapat membina bakat sepenuhnya, serta menggalakkan usaha secara bebas membentuk sejarah sekolah dengan melakukan kerja murni dan bermanfaat.

MALAMAT SEKOLAH
1.         Melahirkan murid-murid yang berpendidikan, berdisiplin dan berakhlak mulia sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan terancang.
2.         Melahirkan murid-murid yang memiliki dan menghayati ciri-ciri:
2.1 Percaya dan patuh kepada Tuhan.
2.2 Berakhlak mulia.
2.3 Berilmu pengetahuan.
2.4 Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
2.5 Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan serta mempunyai jiwa yang harmonis, watak dinamis, minda kritis dan sensitif terhadap perubahan.
  
LENCANA SEKOLAH





Warna merah melambangkan keberanian dan sikap kasih sayang antara Tuhan kepada umatnya, antara guru kepada anak didiknya dan sebaliknya.
Warna hijau yang menjadi latar belakang lencana  ini melambangkan keharmonian keluarga Sek. Keb. Seri Melati.  
Warna putih melambangkan kesucian, kebersihan dan keceriaan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Lambang buku dalam lencana ini melambangkan sekolah menjadi sebagai pusat pendidikan atau gedung ilmu.
 
COGANKATA SEKOLAH
Moto sekolah ialah Berilmu, Beramal, Berbakti. Ia adalah ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam yang membawa maksud, ilmu sangat penting dalam mengharungi hidup di dunia mahupun untuk bekalan di akhirat. Segala ilmu itu hendaklah diamalkan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

LAGU SEKOLAH
Seri Melati nama sekolah ku,
Di sini kita menimba ilmu,
Bersatu teguh terus maju,
Kejayaan arah di tuju.

Hormatilah guru dan ibu bapa,
Patuhi agama turutilah suruhan-Nya,
Berjasa kepada negara,
Agar hidup sempurna.

Di sini kami berjanji,
Berusaha, beramal dan berbakti,
Patuh wawasan murni,
Bersemangat bermotivasi.

Kejayaan pastikan datang,
Cabaran sukar bukan lagi penghalang,
Jadi panduan insan cemerlang,
Terus gemilang juga terbilang,
Seri Melati namamukan ku kenang.

Read more...

Album@Melati


Murid-Murid@Melati

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP